Data Korea Utara Bangsa Korea

Askar Korea Utara di Kawasan Keselamatan Bersama.

Adalah amat sukar untuk menganggar saiz, kadar pertumbuhan, nisbah seks dan struktur usia populasi North Korea. Sehingga terkeluarnya data rasmi pada tahun 1989, edisi tahun 1963 Buku Tahunan Pusat Korea Utara merupakan penerbitan rasmi terakhir yang mendedahkan perangkaan populasi. Selepas tahun 1963 ahli-ahli demografi menggunakan pelbagai cara untuk menganggarkan populasi, sama ada menjumlahkan bilangan wakil yang dipilih menyertai Perhimpunan Rakyat Agung (setiap wakil mewakili 50,000 orang sebelum tahun 1962 dan 30,000 orang selepasnya) ataupun bergantung kepada kenyataan rasmi bahawa sebilangan tertentu orang, atau peratusan populasi, terlibat dalam kegiatan tertentu. Maka, berasaskan ujaran Presiden Kim Il Sung pada tahun 1977 mengenai kehadiran sekolah, populasi pada tahun itu dikira sebagai 17.2 juta orang. Ketika 1980-an, statistik kesihatan, termasuk jangka hidup dan punca kematian, didedahkan ke seluruh dunia secara beransur-ansur.

Pada tahun 1989 Biro statistik Pusat mengeluarkan data demografik kepada Tabung Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Aktiviti Populasi (UNFPA) agar memperoleh bantuan UNFPA bagi menganjurkan banci kebangsaan yang julung kalinya di Korea Utara sejak penubuhan negara itu pada tahun 1948. Meskipun perangkaan yang diberi ke BAngsa-bangsa Bersatu mungkin diputarbelitkan, adalah kelihatan bahawa selaras dengan cubaan lain untuk membuka pintu ke dunia luar, rejim Korea Utara turut agak banyak membuka pintunya dalam dunia demografik. Meskipun negara itu ketiadaan ahli demografi yang terlatih, data tepat mengenai pendaftaran rumaahtangga, penghijrahan, dan lahir mati ada pada pihak berkuasa Korea Utara. Menurut pengkaji Amerika Syarikat, Nicholas Eberstadt, dan ahli demografi Judith Banister, statistik penting dan maklumat peribadi mengenai penduduk disimpan oleh agensi di peringkat ri (“desa”, unit pentadbiran tempatan) di kawasan luar bandar dan peringkat dong (“daerah” atau “blok”) di kawasan bandar.

Berkaitan